SALAM PEMBUKAAN
ASSALAAMU’ALAIKUM…
PERTAMA SEKALI SAYA INGIN
MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH…SEGALA PUJIAN TERTENTU HANYA SENYA BAGI ALLAH SWT
KERANA SEMATA-MATA DENGAN TAUFIQ & HIDAYAH-NYA JUALAH SAYA DAN TUAN2 SERTA
PUAN2 DAPAT BERADA DI SINI UNTUK KITA MERENUNG SEJENAK TENTANG SATU PERKARA
YANG SUDAH JAUH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG MULIA, UMAT NABI YANG MULIA YAKNI
NABI MUHAMMAD S.A.W.
NAMUN BEGITU ADA SUATU PERKARA
YANG MEMBUATKAN KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH DARI BAGINDA S.A.W WALAUPUN
ALHAMDULILLAH SETAKAT INI AMAL IBADAT KITA SEPERTI SOLAT MENGIKUT CARA YANG
TELAH DITUNJUKKAN OLEH BAGINDA S.A.W YAKNI SECARA BERJEMA’AH DI MASJID-MASJID
(RUMAH ALLAH SWT), PUASA KITA…ALHAMDULILLAH TARAWIKH PUN SEMAKIN TAHUN UMAT DAH
SEMAKIN SEDAR UNTUK MENUNAIKANNYA, AKHLAK KITA UMAT ISLAM PUN ALHAMDULILLAH
SEMAKIN HARI SEMAKIN MENUNJUKKAN PERUBAHAN, DARI SEGI KESEDARAN KITA MEWUJUDKAN
SUASANA INGAT-MENGINGATI SESAMA MUKMIN & MUSLIM PUN SEMAKIN HARI SEMAKIN
ADA PERUBAHAN, TAMBAHAN PULA USAHA PELBAGAI PIHAK SEPERTI PIHAK MASJID, PIHAK
JABATAN2 AGAMA ISLAM DAN ORANG-ORANG AWAM PUN DAH MULAI SEDAR AKAN
TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI UMAT ISLAM SEHARUSNYA WAJIB PESAN-BERPESAN DEMI
MENGHARAPKAN KEREDHOAN ALLAH SWT & RASUL-NYA MUHAMMAD S.A.W.
ALHAMDULILLAH…BERKAT FIKIR
RISAU DAN USAHA KERJASAMA PELBAGAI PIHAK, KALI INI SAYA AMAT BERSYUKUR DAN
UCAPAN JAZAKALLAH KHAIR SAYA TUJUKAN PADA PIHAK (………………………) KERANA SUDI
MENJEMPUT SAYA UNTUK KITA BERSAMA-SAMA MENGUPAS SEPERKARA LAGI AMALAN SUNNAH
NABI S.A.W YANG SUDAH SEMKIN LUPUT KEYAQINAN KITA SEMUA UNTUK MENGAMALKANNYA
KEMBALI. JIKA ADA PUN, MUNGKIN HANYA SEGELINTIR PIHAK SAHAJA YANG MASIH
MEWUJUDKAN ATAU MENGAMALKANNYA, ITU PUN ADA SEGELINTIR YANG MENJADIKAN IANYA
SEBAGAI PUNCA BISNES SEHINGGA IMPIAN NABI S.A.W KITA UNTUK SETIAP UMAT BAGINDA
S.A.W MENGAMALKANNYA JADI TERHALANG.
APA YANG INGIN SAYA SENTUH DI
SINI KALI INI ADALAH BERKAITAN DENGAN PERUBATAN YANG MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W
– YAKNI LEBIH DIKENALI SEBAGAI PANGGILAN “HIJAAMAH” DI TANAH MESIR ATAU DI KALANGAN
ORANG ARAB, MANAKALA DI KALANGAN KITA IANYA DISEBUT SEBAGAI “BEKAM”.
APA ITU “BEKAM”?
PERUBATAN MENGGUNAKAN TEKNIK “BEKAM”
INI SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI AMALAN PARA ANBIYA DAN IANYA SUDAH MULA DIAMALKAN
SEJAK ZAMAN NABI MUSA A.S LAGI DAN IANYA BERKEMBANG KE SELURUH DUNIA HINGGA KE
HARI INI.
CUMA, PIHAK-PIHAK MUSUH ISLAM
SEPERTI YAHUDI & NASARO SEMEMANGNYA SEBOLEH-BOLEH TIDAK MAHU KITA UMAT
ISLAM MENGAMALKANNYA KERANA MEREKA TAHU AKAN KEBERKESANANNYA DAN KEBERKATAN
AKAN MENYELUBUNGI SELURUH KEHIDUPAN UMAT ISLAM BILA KITA SEMUA KEMBALI KEPADA
AJARAN YANG MENGIKUT PERINTAH ALLAH SWT YANG MENURUT SUNNAH NABI S.A.W.
DI NEGARA2 LUAR SEPERTI
INDONESIA, “BEKAM” JUGA DISEBUT SEBAGAI : CANDUK, CANTHUK, KOP, CUPPING,
MAMBAKAN, HIJAAMAH ATAU AL-HAJMU YANG BERERTI PEKERJAAN “MEMBEKAM”.
ADA JUGA ISTILAH LAIN YANG
DISEBUT “AL-HIJMU” YANG BERMAKSUD MENGHISAP ATAU MENYEDUT.
APA YANG MENYEDIHKAN KITA HARI
INI, HIJAAMAH ATAU “BEKAM” INI PADA ZAMAN INI SUDAH DIPANDANG SEPI OLEH
SEBILANGAN BESAR UMAT ISLAM MALAH IANYA DIKATAKAN KUNO, TIDAK RASIONAL DAN
MENGADA-ADA.
MALAH ADA JUGA AKIDAH UMAT
ISLAM INI SEMAKIN ROSAK YANG BERPENDAPAT BAHAWA DENGAN PERUBATAN CARA MODEN
YANG MAHAL HINGGA PULUHAN RIBU RINGGIT,
DI SAMPING PENGGUNAAN UBAT-UBATAN SINTETIK LEBIH PRAKTIKAL. INI ADALAH
SALAH SAMA SEKALI. SEBENARNYA HANYA DENGAN KAEDAH PERUBATAN “BEKAM”, JAUH LEBIH
MURAH YANG JAUH LEBIH BERKESAN MALAH IANYA TERDAPAT KEBERKATAN DI SEBALIK
PENGAMAL YANG YAQIN AKAN SUNNAH.
KENAPA PUNCA “BEKAM” SEMAKIN
LUPUS DARI KEHIDUPAN UMAT ISLAM? PADAHAL DI DALAM KEHIDUPAN PIHAK-PIHAK MUSUH
ISLAM SEPERTI YAHUDI & NASARO, MEREKA PULA MASIH MENGAMALKAN “BEKAM” INI
DAN MEREKA PULA KATA PERUBATAN “BEKAM” ADALAH HASIL DARI NENEK MOYANG MEREKA,
DAN MEREKA MENAMAKAN “BEKAM” DENGAN PELBAGAI NAMA SEPEETI CONTOH “AKUPUNTUR”
UNTUK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM. YAHUDI & NASARO SIBUKKAN KITA HANYA DENGAN
AMALAN SOLAT, PUASA, HAJI, ZAKAT DAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA TELAH MERAMPAS
KHAZANAH PERUBATAN INSAN YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH SWT YAKNI NABI S.A.W.
AMATLAH RUGI JIKA KITA UMAT ISLAM HARI INI MELEPASKAN PELUANG UMUR YANG MASIH
ADA UNTUK KEMBALI SEMULA MENERAJUI KAEDAH PERUBATAN “BEKAM” INI, KERANA :
1)
ERTINYA :
“ORANG-ORANG MUSLIM MENINGGALKAN AGAMANYA, MEREKA AKAN MENJADI
TERTINGGAL (MUNDUR),
DAN ORANG-ORANG NASRANI MENINGGALKAN AGAMANYA, MEREKA MENJADI MAJU”
INI KERANA UMAT ISLAM JARANG
SEKALI MAHU MENELITI DAN MENDALAMI ILMU KEDOKTORAN MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W
SEPERTI MENGAMALKAN MADU, HABBATUS SAUDA, MINYAK ZAITUN, CUKA DAN “BEKAM”
TERUTAMANYA YANG TELAH DIIKTIRAF OLEH NABI S.A.W KITA SEBAGAI PENAWAR SEGALA
MACAM PENYAKIT KECUALI MAUT & TUA.
SEHINGGA KITA TELAH MELEPASKAN
KAJIAN “BEKAM” INI KE DUNIA BARAT DAN MEREKA TELAH BUAT KAJIAN TERUS MENERUS
DAN AKHIRNYA MEREKA YANG MENGAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA.
MENGIKUT RUJUKAN HADIS NABI
S.A.W, BAHAWA DENGAN KAEDAH “BEKAM” INI, IANYA AMAT BERKESAN SEKALI DAN SESUAI.
DALAM HADIS YANG SEKITAR 600M YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH AT-THABRANI BAHAWA “BEKAM”
DI SEKITAR TENGKUK BOLEH MENYEMBUHKAN 72 JENIS PENYAKIT. RASULULLAH S.A.W
BERSABDA :
2)
ERTINYA :
“HENDAKLAH KAMU SEMUA MELAKUKAN PENGUBATAN DENGAN BEKAM DI TENGAH
TENGKUK, KERANA SESUNGGUHNYA PERKARA ITU MERUPAKAN UBAT DARI TUJUH PULUH JENIS
PENYAKIT.”
PADA PENDAPAT IMAM SYAFI’E
PULA, BELIAU AMAT MENYESALI ATAS KEALPAAN UMAT ISLAM / KAUM MUSLIMIN KERANA
LEKA UNTUK MENDALAMI ILMU PERUBATAN MENGIKUT KAEDAH SUNNAH NABI S.A.W DAN LEBIH
CENDERONG MENGIKUT KAEDAH YAHUDI & NASARO.
KATA IMAM SYAFI’E :
3)
ERTINYA :
“MEREKA (KAUM MUSLIMIN) MENGABAIKAN SEPERTIGA ILMU DAN MENYERAHKAN
KEPADA ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI.”
JADI ALHAMDULILLAH BERKAT
KESUNGGUHAN DAN KEINGINAN SEMUA PIHAK MAKA KESEDARAN INI TELAH MUNCUL KEMBALI,
MAKA SAYA DENGAN INI AMAT BERBANGGA DENGAN SAMBUTAN “MINGGU BEKAM” SEMPENA
RAMADHAN INI AGAR KITA SEMUA BUKAN SEKADAR MENGAMALKAN “BEKAM” MALAH HARAPAN
SAYA AGAR KITA SEMUA ADA YANG MAHU BELAJAR TERUS UNTUK “BERBEKAM”.
SIAPA LAGI JIKA BUKAN KITA
UMAT ISLAM YANG MEMPERTAHANKAN KHAZANAH PARA ANBIYA TERUTAMA KHAZANAH NABI
S.A.W KITA. HARI INI KITA BERBANGGA DENGAN NUZUL QURAN SUNNAH NABI S.A.W,
BERIYA-IA KITA MENGADAKAN TADARUS AL-QURAN, KITA SUNGGUH-SUNGGUH MAHUKAN NEGARA
ISLAM AGAR KESEDARAN DI KALANGAN UMAT ISLAM MAHUKAN PEMERINTAHAN ISLAM, NAMUN
TIDAK ADA MAKNANYA JIKA NEGARA SAHAJA BERNAMA ISLAM, NAMUN MASIH AMALKAN
PERUBATAN YAHUDI & NASARO. BERAPA RAMAI DI KALANGAN KITA SEOLAH-OLAH TELAH
MENGANTAR DIRI SENDIRI MALAH KAUM KELUARGA MEREKA DALAM ERTI KATA “MEMBUNUH
DIRI” DENGAN MENELAN PIL-PIL DADAH CIPTAAN YAHUDI & NASARO?
BILAKAH KITA MAHU UBAH? INILAH
MASANYA….
BANYAK HADIS-HADIS YANG
MEMBERI PENEKANAN AGAR SETIAP UMAT ISLAM MENJAGA KESIHATAN BADAN AGAR MUDAH UNTUK
BERIBADAT. ANTARANYA :
4)
ERTINYA :
“BERUBATLAH WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH SWT, SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TIDAK
MENCIPTAKAN SATU PENYAKIT KECUALI MENCIPTAKAN PULA UBATNYA, KECUALI SATU
PENYAKIT SAJA, IAITU TUA.”
DAN BERUBAT CARA ISLAM HANYA
MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH SWT APABILA KITA KEMBALI MENGAMALKAN SEMULA SUNNAH
NABI S.A.W YANG SUDAH PASTI ADA PENAWARNYA JIKA KITA BENAR2 YAQIN.
SABDA NABI S.A.W :
5)
ERTINYA :
“SUNGGUH, PENGUBATAN PALING UTAMA YANG KAMU GUNAKAN ADALAH BEKAM.” (hadis sahih)
DALAM HADIS LAIN PULA, NABI
S.A.W SENDIRI TELAH DIPERINTAHKAN UNTUK MEMBERITAHU KITA SEBAGAI UMAT BAGINDA
S.A.W UNTUK “BERBEKAM”…
6)
ERTINYA :
“PERINTAHKANLAH UMAT KAMU UNTUK BERBEKAM.”
MALAH SELURUH PENDUDUK LANGIT
JUGA MENGAJUKAN PERINTAH “BEKAM” KEPADA NABI S.A.W AGAR KITA SEBAGAI UMAT
BAGINDA S.A.W MENGAMALKANNYA :
7)
ERTINYA :
“AKU TIDAK BERJALAN DI HADAPAN SEKUMPULAN MALAIKAT PUN PADA MALAM
KETIKA AKU DI-ISRA’ KAN , KECUALI MEREKA BERKATA, “WAHAI MUHAMMAD, PERINTAHKANLAH
UMAT KAMU AGAR BERBEKAM!” (shahihu
Al-Jami’ : 5671)
BANYAK LAGI HADIS2 YANG
MEMERINTAHKAN KITA SEMUA BERBEKAM DAN MEMBUKTIKAN BEKAM INI ADALAH PERINTAH
ALLAH SWT KE ATAS UMAT BAGINDA S.A.W.
IMAM MALIK RAH TELAH MERIWAYATKAN DALAM AL-MUWATHTHO, KITABU AL-JAMI’ :
8)
ERTINYA :
“JIKA ADA UBAT YANG BOLEH MENCAPAI PENYAKIT, MAKA BEKAM PUN BOLEH
MENCAPAINYA.”
DAN NABI S.A.W BERBANGGA
SEKALI JIKA ADA DI KALANGAN KITA YANG SUDI & SANGGUP MEMPELAJARI ILMU
KAEDAH “BEKAM” INI MENERUSI HADIS NABI S.A.W :
9)
ERTINYA :
“SEBAIK-BAIK HAMBA ADALAH JURUBEKAM, IA MEMBUANG DARAH, MELEMBUTKAN
YANG KERAS DAN MENCERAHKAN PANDANGAN….”
DAN DALAM SATU HADIS NABI
S.A.W MAFHUMNYA :
“JIKA ADA KHASIAT PENGUBATAN PADA SESUATU, MAKA ITU PADA SAYATAN ALAT
BEKAM, ATAU BIJI-BJI JINTAN HITAM (HABBATUS SAUDA) ATAU MINUMAN MADU ATAU
CUCUHAN API YANG TEPAT MENGENAI PENYAKIT, TETAPI AKU TIDAK SUKA BERUBAT DENGAN
SENGATAN API.” (hadis riwayat Ibnu Jarir
dan Hakim mensahihkannya)
INI JELAS MEMBUKTIKAN BAHAWA
PASANGAN “BEKAM” INI UNTUK MEREKA YANG MENGAMALKANNYA SEHARUSNYA MELIBATKAN
PEMAKANAN MADU & HABBATUS SAUDA SEPERTI RAWATAN ATAU MAKANAN SUSULAN UNTUK
MENAMBAHKAN LAGI KEBERKESANAN “BEKAM”.
DALAM HADIS LAIN PULA, ABU
QATADAH R.ANHU MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA :
10)
ERTINYA :
“BILA APA YANG KAMU GUNAKAN SEBAGAI PENGUBATAN ADA YANG BOLEH MENGENAI
PENYAKIT ATAU MEMBURU PENYAKIT, MAKA ITU ADALAH BEKAM.” (hadis riwayat Ibnu Jarir dalam Tahdzibu ‘I-Atsar)
SEMASA PERISTIWA PENAKLUKAN DI
KAHIBAR, JURUBEKAM JUGA MERUPAKAN PARAJURIT TENTERA ISLAM. SEMASA NABI S.A.W
DAN PARA SAHABAT R.ANHUM TELAH TERKENA MAKANAN KAMBING BERACUN, MAKA NABI S.A.W
TELAH PERINTAHKAN SEMUA TENTERA ISLAM KETIKA BERBEKAM DI TENGKUK. INI
MEMBUKTIKAN KEPADA KITA BAHAWA KAEDAH “BEKAM” INI BUKAN LAGI PERKARA BARU ATAU
KAEDAH YANG DIBUAT2 ATAU BOLEH DIPANDANG REMEH. IANYA ADALAH AMALAN SUNNAH NABI
S.A.W YANG SEPATUTNYA KITA HIDUPKAN KEMBALI SEBAGAI MEMBUKTIKAN KEIMANAN @
KEYAQINAN CINTA DAN KASIH KITA PADA RASULULLAH S.A.W BUKAN OMONG-OMONG KOSONG.
SEKIAN WALLAAHU’ALAM DAN
ASSALAAMU’ALAIKUM…..
Drpd :
dJ irwansyah
WEB : bekamikhlas.blogspot.com